Terima Kasih

KEMENTERIAN, AGENSI, PEMPAMER, USAHAWAN, ARTIS, PIHAK BERKUASA DAN PARA PENGUNJUNG SERTA KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU KEJAYAAN PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERJAAN MADANI

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI


PENGANJURAN PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku urus setia bersama akan menganjurkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang dijadualkan pada 8 hingga 10 Disember 2023 bertempat di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

Objektif Penganjuran Program

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat, meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan, serta membina kepercayaan serta keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. Program ini turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai Kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.

Penganjuran program ini memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat. Ketiga-tiga komponen ini merupakan ikhtiar Kerajaan dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan selari dengan nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu:

KEMAMPANAN

KESEJAHTERAAN

DAYA CIPTA

HORMAT

KEYAKINAN

IHSAN

Kemampanan

Kesejahteraan

Daya Cipta

Hormat

Keyakinan

Ihsan

Antara tarikan sepanjang tiga hari program ialah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus Kementerian-kementerian bersama rakyat, Jualan Mega MADANI dan lain-lain lagi. Rakyat juga berpeluang untuk melihat pencapaian Kerajaan melalui pameran pencapaian semua Kementerian berserta perancangan jangka masa panjang Kerajaan.

Majlis perasmian penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 10 Disember 2023 dan akan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan.

Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI pada 8 hingga 10 Disember 2023 bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sorotan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Sorotan hari ke-3 Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI. Pameran Aset-aset Barisan Pertahanan Malaysia muncul sebagai...

Posted by Malaysia MADANI on Sunday, December 10, 2023

Pelbagai segmen pada slot Pemeriksaan Kesihatan di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Pekarangan Stadium...

Posted by Malaysia MADANI on Sunday, December 10, 2023

‘Harga kombo’, ‘harga runtuh’ dan pelbagai jenis pakej harga barangan menarik menjadikan segmen Jualan Mega Madani...

Posted by Malaysia MADANI on Sunday, December 10, 2023

Please wait while flipbook is loading. For more related info, FAQs and issues please refer to DearFlip WordPress Flipbook Plugin Help documentation.