Berita, PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI

Lebih 100,000 pengunjung membanjiri Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil

Masuk hari ketiga berlangsungnya Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, lebih dari 100,000 pengunjung telah membanjiri Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menikmati pelbagai manfaat daripada reruai pekhidmatan kementerian-kementerian, trak jualan makanan, Jualan Mega MADANI, trak bergerak kerajaan, karnival kerjaya dan pelbagai lagi.

Antara reruai yang sentiasa penuh dibanjiri dengan pengunjung seawal pukul 9.00 pagi adalah perkhidmatan bayaran saman kompaun PDRM dan perkhidmatan pertukaran topi keledar oleh JPJ. Dijangkakan jumlah kedatangan pengunjung akan terus bertambah hari ini hingga pukul 10.00 malam.

Pengunjung dinasihatkan agar menggunakan pengangkutan awam RapidKL bagi mengelakkan kesesakan dan kesukaran mencari kawasan parkir kenderaan. Bukan itu sahaja, anda juga akan menikmati 25% diskaun sekiranya anda menggunakan sebarang perkhidmatan RapidKL untuk berkunjung ke program ini.

Pukul 3.00 petang ini juga akan berlangsung majlis perasmian penutupan dijadual disempurnakan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.