Berita

Kemalangan kereta api laju di Sepanyol, PM ucap takziah kepada keluarga mangsa 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta api berkelajuan tinggi di selatan Madrid dengan mengorbankan 68 nyawa. 

“Saya amat berdukacita atas kehilangan nyawa yang tragis dalam kemalangan perlanggaran kereta api di Sepanyol. 

“Ingatan dan simpati kami bersama semua yang kehilangan insan tersayang dan kami mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih,” kata beliau menerusi laman sosialnya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Sepanyol dalam menghadapi saat yang sukar ini. 

Beliau berkata, Malaysia merakamkan penghargaan kepada anggota perkhidmatan kecemasan dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjalankan tugas di tempat kejadian.

“Bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada Perdana Menteri Pedro Sánchez, pihak kerajaan dan rakyat Sepanyol, khususnya kepada keluarga mangsa,” ujar beliau. -MalaysiaMADANI