Berita, Siaran Media

Semua pelajar cemerlang SPM 2025 ditawar program matrikulasi – KPM

Semua 6,717 calon yang memperoleh keputusan cemerlang 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 ditawarkan ke Program Martikulasi bagi sesi 2026/2027.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, tawaran secara automatik itu diberikan kepada semua calon yang memohon program berkenaan tanpa mengambil kira kaum dan latar belakang.

“Pada masa sama, kuota kemasukan 90 peratus Bumiputera ke program Matrikulasi kekal dan tidak terjejas,” katanya dalam kenyataan.

31 Mac lalu,Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, keputusan SPM 2025 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 pada 2024.

Seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2025, dibandingkan dengan 13,827 calon pada 2024.

Katanya pencapaian itu bukan sahaja mencerminkan peningkatan akademik pelahar secara keseluruhan malah memperlihatkan jurang pencapaian pendidikan antara bandar dan luar bandar yang semakin mengecil. – MalaysiaMADANI