Berita

Ada sebab kenapa harga minyak masih belum berubah -MOF

Kementerian Kewangan (MOF) tampil memberi penjelasan berhubung harga bahan api di stesen minyak tidak berkurangan sedangkan harga minyak mentah global mencatat penurunan.

Menerusi satu kenyataan, kementerian itu berkata, harga di pam tidak ditentukan mengikut harga pasaran hari ini kerana harga di pam ditentukan berdasarkan purata harga minggu sebelumnya.

Menurutnya, bekalan minyak semasa yang dibeli sebelum ini adalah pada harga lebih tinggi dan masih mempengaruhi harga pam. 

“Harga minyak global melonjak naik mendadak selama lima minggu menyebabkan kos meningkat termasuk insurans dan logistik,” kata kenyataan itu menerusi laman media sosial kementerian. 

Namun begitu katanya, kerajaan masih mengekalkan harga minyak bersubsidi bagi kesejahteraan rakyat dan mengawal harga barangan.

Tambahnya, ketika dunia masih berdepan tekanan krisis tenaga, kerajaan memilih untuk melindungi rakyat melalui penyaluran Bantuan Tunai BUDI MADANI Diesel.

Selain itu katanya, bantuan tunai RM300 disalurkan bermula 8 April termasuk bantuan tambahan RM100 secara interim.

“Bantuan tambahan ini akan dinilai dari semasa ke semasa,” kata kenyataan MOF itu lagi. -MalaysiaMADANI