Beberapa langkah baharu akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat dalam usaha memperkukuhkan ekosistem sekolah selamat serta usaha mempertingkatkan sokongan kesihatan mental di institusi pendidikan, kata Menteri Pendidikan.
Fadhlina Sidek berkata, beberapa perbincangan dengan kumpulan profesional daripada kementerian turut diadakan terkait usaha tambah baik aspek keselamatan di sekolah dan disiplin anak-anak.
“Terdahulu beliau menerima taklimat dan laporan daripada kumpulan profesional bagi mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung situasi semasa, sekali gus membantu kementerian merangka langkah susulan yang lebih berkesan dan bersesuaian.
““Beberapa perbincangan dengan pasukan KPM turut diadakan terkait usaha tambah baik aspek keselamatan di sekolah dan disiplin anak-anak sebagai keputusan Jemaah Menteri.
“Insya-Allah saya akan umumkan beberapa langkah dalam masa terdekat,”katanya.
Fadhlina berkata, langkah itu dirangka susulan beberapa insiden yang berlaku di sekolah sehingga menuntut tindakan daripada pihaknya bagi memperkukuh tahap Keselamatan serta sokongan kesihatan mental.
“Beberapa insiden yang berlaku lewat ini menuntut kita untuk bekerja dengan lebih kuat lagi, bagi memperbaiki kelompongan yang ada demi memastikan keselamatan anak-anak, guru dan seluruh warga pendidikan.
“Bagai tidak ada istilah cuti kerana ketika ini kami sedang menggiatkan usaha menyusun semua mekanisme bagi memperkukuh ekosistem sekolah selamat,” ujarnya. – MalaysiaMADANI