Berita

Sejarah tercipta, pelajar Tingkatan Enam mula ‘mengundi’

Buat pertama kali dalam sejarah, Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Persatuan Tingkatan Enam Tahun 2025 diadakan serentak di seluruh negara pada Selasa. 

Proses pemilihan jawatankuasa yang julung kali diadakan itu membabitkan semua pelajar Tingkatan Enam.

Acara pengundian membabitkan pelajar sekolah menengah tersebut dijalankan dengan kerjasama Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ia menjadikan pengalaman ini sebagai satu bentuk pembelajaran yang realistik berkait dengan pilihan raya dan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia,” kata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi laman sosialnya. 

KPM menyatakan, pelaksanaan inisiatif itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar Tingkatan Enam mengenai kepimpinan serta kebertanggungjawaban untuk membuat pilihan secara matang. 

Selain itu, ia juga sebahagian daripada usaha untuk memperkasa ekosistem pendidikan Tingkatan Enam. -MalaysiaMADANI