Berita

ATMC 2025 : Bukti keupayaan Malaysia sebagai peneraju transformasi latihan ASEAN

Seramai 500 peserta mengikuti ASEAN Training Market Conference (ATMC) 2025 yang berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

ATMC 2025 menzahirkan komitmen ASEAN untuk memodenkan latihan melalui teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran hibrid agar kekal inklusif serta relevan untuk semua.

Penganjuran persidangan penuh bermanfaat itu membuktikan Malaysia terus komited memacu transformasi pembangunan bakat serantau.

Program itu melibatkan peserta dari dalam dan luar negara, termasuk penglibatan pakar latihan, penyedia latihan, wakil industri, majikan dan pertubuhan keusahawanan ASEAN.

Menerusi tema ‘Empowering ASEAN’s Training Supply: Bridging Skills Gap, Innovation and Collaboration for a Future-Ready Economy’, ATMC menjadi medan utama memperkasa sistem dan penyedia latihan di rantau ini.

Malah dengan penganjuran program seumpama itu diharap dapat mempersiapkan negara ASEAN untuk menghadapi cabaran ekonomi masa depan yang sarat dengan digitalisasi, automasi dan peralihan hijau.

Sepanjang tujuh sesi dilaksanakan, peserta diberi peluang meneroka isu seperti transformasi digital dalam penyampaian latihan, kerjasama awam-swasta memperkukuh rantaian bakat, pengiktirafan kelayakan rentas sempadan serta persediaan tenaga kerja ASEAN menghadapi automasi dan peralihan hijau.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. -MalaysiaMADANI