Berita

Teknologi blockchain boleh dimanfaat dalam pelbagai sektor

Malaysia mempunyai potensi besar dalam teknologi blockchain dan digital yang boleh memanfaatkan dalam pelbagai sektor termasuk sektor perkhidmatan kerajaan industri halal, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, teknologi berkenaan tidak terhad dalam sektor kewangan aset digital sahaja.


Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada syarikat Klickl iaitu sebuah syarikat yang mengoperasikan kewangan dan aset dalam ekosistem digital dan blockchain.


“Kami membincangkan berkenaan perkembangan terkini teknologi ini di peringkat antarabangsa.

“Ia termasuk berkenaan dengan kerangka model dan peraturan yang boleh dijadikan contoh oleh Malaysia dalam menambah baik kerangka kita yang tersendiri,” katanya.

Dalam pertemuan sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menekankan kepentingan dalam membangunkan bakat tempatan dalam sektor berkenaan supaya pelaburan dalam sektor ini dapat memanfaatkan rakyat Malaysia. – MalaysiaMADANI