Berita

KPKM peruntuk RM70.12 juta bangunkan industri agromakanan Johor 

SEBANYAK RM70.12 juta diperuntukkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam usaha memperkukuh sektor agro-makanan dan membangunkan industri agromakanan di Johor, tahun ini.

Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, peruntukkan berkenaan digunakan bagi melaksanakan bagi projek pembangunan meliputi sektor ternakan, tanaman dan akuakultur selain pemerkasaan industri nanas.

“Bagi menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan di Johor peruntukan sebanyak RM70.12 juta bagi tahun 2024 disalurkan dalam perkukuhkan agro makanan negara selain menyokong pembangunan industri agromakanan di negeri Johor yang menyumbang 17.5 peratus kepada sektor negara,” katanya.

Arthur pada sesi libat urus bersama warga agro Johor turut menyampaikan bantuan dan insentif berjumlah RM7.57 juta yang merangkumi Geran Agrepeneur Muda, Bantuan Kemudahan dan Peralatan Nelayan B40.

Katanya, inisiatif berkenaan diharap dapat memacu semangat peladang, penternak, dan nelayan untuk terus berperanan aktif dalam memajukan industri pertanian dan agromakanan. – MalaysiaMADANI