Berita

Lonjakan daya saing, Malaysia ke tangga ke-15 dunia

Malaysia terus melakar kejayaan dan sejarah tersendiri apabila mencatat lonjakan daya saing negara ke tangga ke-15 dunia. 

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman media sosialnya malam ini.

“Alhamdulillah, pencapaian ini membuktikan bahawa usaha reformasi ekonomi, kestabilan politik serta keyakinan pelabur terhadap Malaysia berada pada landasan yang tepat,” kata beliau.

Beliau mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia, penjawat awam, komuniti perniagaan dan semua pihak yang telah menyumbang kepada lonjakan daya saing negara tersebut. 

Tegas beliau, kejayaan manis yang dicapai itu adalah hasil kerja keras bersama dan tekad untuk mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja kuat demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh seluruh rakyat,” ujar beliau. -MalaysiaMADANI