Berita, Siaran Media

RTM terus relevan dalam era AI, kekal suara rakyat 

RTM terus relevan dalam era AI, kekal suara rakyat 

Perdana Menteri berkata landskap penyiaran berubah pantas ditambah dunia tidak menentu serta lonjakan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI), RTM perlu melaksanakan tanggungjawab itu tanpa mengorbankan nilai dan kepercayaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RTM perlu terus memimpin dengan memperkasakan bakat tempatan, mengangkat karya anak seni serta memanfaatkan teknologi secara beretika agar kekal relevan, berwibawa.

Katanya usaha itu penting bagi memastikan RTM kekal relevan, berwibawa serta menjadi wahana utama dalam pembinaan negara bangsa.

“Perkembangan pesat teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) serta ketidaktentuan global menuntut RTM untuk terus memainkan peranan lebih signifikan dalam mengekalkan kepercayaan masyarakat terhadap sumber maklumat rasmi,” katanya menerusi hantaran di media sosial sempena dengan ulang tahun ke-80 RTM hari ini.

Terdahulu beliau menyifatkan institusi penyiaran awam itu sebagai suara rakyat dan denyut nadi bangsa sejak sekian lama.

“Selamat menyambut ulang tahun ke-80 buat Radio Televisyen Malaysia (RTM), institusi yang sekian lama menjadi suara rakyat dan denyut nadi bangsa,” katanya

Beliau pada masa sama menyifatkan institusi penyiaran awam itu sebagai suara rakyat dan denyut nadi bangsa sejak sekian lama.

RTM ditubuhkan pada 1 April 1946, bermula dengan stesen siaran radio, manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963. – MalaysiaMADANI