Berita, Siaran Media

Perkukuh agenda mobiliti  hijau, pertumbuhan ekonomi mapan – PM

Kerajaan MADANI akan terus menerajui peralihan serantau ke arah mobiliti hijau dan pintar dalam memastikan Malaysia bukan sahaja bersedia menghadapi keperluan masa depan.

Malah,  turut menjadi peneraju dalam membentuk landskap mobiliti yang lebih bersih, selamat dan mampan untuk generasi akan datang.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis penyerahan Kenderaan Berkuasa Hidrogen, ‘Fuel Cell Electric Vehicle’ (FCEV) Toyota Mirai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kepada Jabatan Perdana Menteri.

Katanya penyerahan berkenaan menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh agenda negara ke arah mobiliti hijau melalui teknologi rendah karbon dan pertumbuhan ekonomi bagi masa depan yang lebih mapan.

“Inisiatif ini mencerminkan keyakinan rakan industri daripada tempatan dan antarabangsa terhadap dasar dan hala tuju Malaysia, khususnya dalam membangunkan ekosistem hidrogen negara.

“Merancakkan kerjasama rentas sempadan serta memacu inovasi automotif di seluruh Asia Tenggara,” katanya.

Sebelum ini, MOSTI sebelum ini mengumumkan pelan pembangunan hidrogen negara yang merangkumi penyelidikan teknologi penjanaan, penyimpanan dan penggunaan hidrogen sebagai sumber tenaga bersih. – MalaysiaMADANI