Berita

Kebajikan wira negara terus dibela, lebih 80,000 kuarters dibina, dibaik pulih

Kerajaan MADANI sentiasa mengambil berat tahap kebajikan anggota pasukan keselamatan negara terutama dalam menyediakan tempat berlindung selesa.

Menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada Khamis, kebajikan petugas barisan hadapan terus diperkasakan.

Melalui komitmen jitu kerajaan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan hasrat murni tersebut. 

“Lebih 80,000 unit kuarters polis dan tentera telah dan sedang dibaik pulih serta dibina demi keselesaan anggota dan keluarga mereka,” kata KDN menerusi laman media sosialnya.

Dianggarkan lebih 69,000 unit kuarters pasukan keselamatan negara sedang dibaik pulih, manakala lebih 4,400 unit telah siap dibina dan 8,500 unit kini dalam pembinaan.

“Inilah bukti bahawa kesejahteraan wira negara menjadi keutamaan Kerajaan MADANI,” kata KDN. -MalaysiaMADANI