Berita

KDN perkukuh usaha perangi najis dadah

Usaha kerajaan memerangi gejala dadah tidak pernah terhenti, malah dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu itu dapat ditangani sebaiknya.

Tindakan memerangi dadah bukan sekadar mengekang jenayah, malah memastikan keluarga hidup dalam persekitaran selamat, harmoni dan bebas pengaruh najis dadah. 

Untuk itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited melindungi generasi kini dan akan datang demi kehidupan berkualiti dan sejahtera.

Perkara itu ditegaskan dalam Perhimpunan Agung Dwitahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kebangsaan Ke-46 di Putrajaya.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis itu menjadi platform penting untuk memperkukuh kesepaduan dan komitmen Pemadam bersama dengan KDN bagi memerangi dadah demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara. 

Usaha pencegahan, penguatkuasaan serta pemulihan akan dapat dicapai melalui kerjasama erat antara kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.

Pelaksanaan itu selaras semangat Reformasi MADANI yang mengutamakan keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran bersama. -MalaysiaMADANI