Pasukan ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) mengukir nama di Hong Kong apabila muncul juara edisi keempat kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Asia, baru-baru ini.
Kejayaan manis itu dilakar di King’s Park Sports Ground, setelah menumpaskan pasukan ragbi dari Singapura dengan keputusan 31-26.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah meluangkan masa hadir menyambut kepulangan pasukan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Ts Dr. Aminuddin Hassim; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas dan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Ithnin Mahadi.
“Terima kasih kerana menginspirasikan kami semua. Selamat maju jaya kepada pasukan negara dalam pertandingan yang akan datang,” kata KPM menerusi laman media sosialnya. -MalaysiaMADANI