Berita

PM akan pastikan pelaksanaan tokenisasi dan aset digital bersifat inklusif

Kerajaan akan terus memastikan pelaksanaan tokenisasi dan aset digital bersifat inklusif sekali gus mampu memberikan manfaat yang menyeluruh kepada rakyat, kata Perdana Menteri.

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim pelaksanaan berkenaan akan dikawal selia secara ketat bagi menjamin keselamatan dan kestabilan ekosistem digital negara.

Perkara berkenaan dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Aset Digital dan Kecerdasan Buatan Bilangan 2 Tahun 2025, yang antara lain memberi tumpuan kepada masa depan aset digital dalam pasaran modal negara.

“Agenda utama yang dibincangkan adalah berkaitan perkembangan teknologi blockchain, tokenisasi, kriptografi pasca kuantum dan pelancaran Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI) yang menjadi pemacu utama ekosistem digital negara.

“Mesyuarat ini juga turut menjadi medan bertukar-tukar pandangan terkait trend pasaran global, potensi aset digital serta jangkaan prestasi masa hadapan berdasarkan perspektif teknikal daripada rakan strategik,” kata beliau lagi. – MalaysiaMADANI