Malaysia berhasarat untuk meningkatkan kerjasama dalam usaha memperkasakan agenda kesukarelawanan belia serta pemupukan nilai perpaduan rentas sempadan bersama negara jiran, Singapura.
Perkara itu dinyatakan kata Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang ketika mengadakan kunjungan hormat dengan Pemangku Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, David Neo.
“Kunjungan ini menjadi platform perbincangan strategik antara dua negara mengenai potensi kerjasama serantau, khususnya dalam memperkasa agenda kesukarelawanan belia dan pemupukan nilai perpaduan rentas sempadan.
“Perbincangan telah menyentuh cadangan untuk mewujudkan Program Pertukaran Sukarelawan dan pembangunan rangkaian kolaboratif antara organisasi sukarelawan belia kedua-dua negara,” katanya.
Aaron berada di Singapura bagi memenuhi jemputan Kementerian Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Ketiga mengenai Masyarakat Bersepadu (ICCS) 2025 selama tiga hari sejak Selasa lalu.
Mengulas lanjut, Aaron berkongsi inisiatif bawah Kementerian Perpaduan Negara, termasuk peranan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) aktif melaksanakan misi Sukarelawan Siswa MadaniA Berkhidmat merentas negeri dan negara.
Usaha berkenana tegas beliau sejajar komitmen Malaysia melahirkan belia berdaya tahan, berjiwa perpaduan dan berwawasan global. – MalaysiaMADANI