Berita

Tambahbaik utiliti di Sarawak tingkatkan peluang ekonomi -TPM

PENAMBAHBAIKAN yang disediakan kepada rakyat Sarawak diharap dapat mewujudkan peluang ekonomi yang lebih ampuh dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat tempatan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembaharuan berkenaan diharap dapat memberi keselesaaan tanpa perlu mereka berpindah ke kawasan bandar bagi mendapat kehidupan yang lebih baik.

“Sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah beliau sangat memahami kekurangan bekalan elektrik sehingga menyebabkan aktiviti harian seperti perniagaam, pendidikan dan sosial menjadi sangat terbatas.

Bekalan elektrik merupakan satu keperluan asas yang penting untuk kesejahteraan kehidupan masyarakat.

“Bagi menterjemah semangat dan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat khususnya di Negeri Sarawak, hari ini,” katanya.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Projek Bekalan Solar Hibrid di Punan Ba, Belaga, Sarawak.

Projek berkenaan bermula pada tahun 2015 dan siap pada tahun 2017 dengan peruntukkan RM20.3 juta berjaya membekalkan bekalan elektrik kepada 980 buah rumah dengan melibatkan 4,900 penerima manfaat.

Selain itu, terdapat juga projek baharu di dalam perancangan iaitu Projek Pembinaan Pencawang Pembahagi Utama (PPU) dan Talian 33KV Punan Ba, Sarawak. – MalaysiaMADANI