Berita

KKM sedia hadapi pembaharuan agar responsif, relevan dan berkesan

Harapan pelanggan dan kebergantungan rakyat terhadap perkhidmatan awam kini semakin tinggi sekaligus memerlukan pembaharuan yang berterusan.

Ini penting bagi memastikan Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa responsif, relevan dan berkesan, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Atas dasar itu, kakitangan KKM diharap supaya sentiasa prihatin dalam memenuhi permintaan dan keperluan rakyat.

Beliau berharap petugas KKM terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

“Diharap supaya sentiasa prihatin dalam memenuhi permintaan dan keperluan rakyat.

Ekspektasi pelanggan, harapan dan kebergantungan rakyat terhadap perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi memerlukan pembaharuan yang berterusan supaya KKM sentiasa responsif, relevan dan berkesan,”katanya.

Terdahulu beliau hadir menyampaikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023.

Pada majlis berkenaan seramai 754 warga Kementerian penerima APC tahun 2023 diraikan.

Katanya pencapaian dan kejayaan KKM di bawah kerajaan MADANI tercapai dengan penglibatan dan komitmen warga kakitangannya.

“Pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kecekapan dan nilai positif serta kepakaran yang dimiliki pekerja merupakan aset yang diperlukan demi memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap cemerlang.

“Penganugerahan APC ini bukan sahaja merupakan penghargaan dan pengiktirafan tetapi penyuntik semangat dan pencetus azam untuk warga KKM terus berkhidmat dengan lebih cemerlang,” katanya. – MalaysiaMADAN