Berita

6,775 kompaun berkaitan kesihatan awam dikeluarkan pada April 2024

KEMENTERIAN Kesihatan mengeluarkan 6,775 kompaun bernilai kira-kira 2.3 juta berkaitan kesalahan melibatkan undang-undang kesihatan awam sepanjang April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hasan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta dikelaurkan kerana kesalahan merokok.

“Sejumlah 7,195 notis kesalahan dikeluarkan daripada 17,719 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Manakala bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang bertujuan mencegah dan mengawal penyakit demam denggi, sebanyak 2,642 kompaun bernilai RM1.3 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun,” katanya.

Selain itu katanya sebanyak 437 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama sebanyak 64 kes telah disabitkan kesalahan di ahkamah dengan jumlah denda bernilai RM140,700.

Beliau pada masa sama berkata sepanjang bulan lalu sebanyak 6,818 premis makanan telah diperiksa melalui tindakan penguatkuasaan Akta makanan 1963.

“Daripada pemeriksaan berkenaan sebanyak 6,818 premis makanan telah diperiksa pada bulan lepas, sebanyak 154 premis diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya.

Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh pihaknya adalah langkah bagi menjamin kebersihan premis serta makanan dihidangkan.

Justeru beliau meminta orang ramai menjalankan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan pelaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum. – MalaysiaMADANI