Berita

Tan Sri Mohd Hassan Marican ketuai Jawatankuasa Penasihat Dasar PM

BEKAS Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Hassan Marican akan mengetuai Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan memaklumkan, Mohd Hassan akan berperanan memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar Ekonomi MADANI.

“Penubuhan jawatankuasa baharu ini dibuat susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN), Februari lalu.

“Cadangan yang dikemukakan ACFIN telah diberikan pertimbangan dan sebahagiannya dalam proses pelaksanaan.”katanya dalam kenyataan.

Selain Mohd Hassan keahlian lain terdiri daripada Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Ekonomi, Prof Dr Yeah Kim Leng dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Nungsari Ahmad Radhi,” katanya dalam kenyataan.

PMO bagaimanapun menjelaskan pelantikan jawatankuasa berkenaan tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan. – MalaysiaMADANI