Berita

Inisiatif Harmoni MADANI kukuh perpaduan

KEMENTERIAN Perpaduan komited menjayakan inisiatif Harmoni MADANI dalam usaha meningkatkan dan memperkukuhkan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum serta penganut agama di negara ini.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, inisiatif tersebut akan dilaksanakan tahun ini susulan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama pada 28 Oktober 2023.

“Inisiatif ini mampu meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam bagi memperkukuhkan hubungan kebersamaan dan keharmonian.

“Menerusi inisiatif yang akan dilancarkan tahun ini, ia juga mampu membudayakan amalan menyebarkan keharmonian dan muhibah antara penganut pelbagai agama di negara ini,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, insiatif ini diyakini mampu meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan Perlembagaan Persektuan dan Rukun Negara.

Atas dasar itu, katanya pelbagai program dan aktiviti akan diadakan bagi menjayakan inisitiaf yang julung kali diadakan.

Pada masa sama, kementeriannya juga turut memberi penekanan terhadap budaya saling menghormati terhadap kepelbagaian budaya dan agama masyarakat Malaysia yang berbilang etnik.

“Kerajaan juga sentiasa komited untuk memastikan setiap rakyat merasai keadilan, kesaksamaan dan keamanan dalam mengekspresikan identiti serta kepercayaan mereka, hal ini selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang kepada perpaduan nasional kita,” katanya. – MalaysiaMADANI.