Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI


PENGANJURAN PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku urus setia bersama akan menganjurkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang dijadualkan pada 8 hingga 10 Disember 2023 bertempat di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

Objektif Penganjuran Program

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat, meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan, serta membina kepercayaan serta keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. Program ini turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai Kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.

Penganjuran program ini memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat. Ketiga-tiga komponen ini merupakan ikhtiar Kerajaan dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan selari dengan nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu:

Kemampanan

Kesejahteraan

Daya Cipta

Hormat

Keyakinan

Ihsan

Antara tarikan sepanjang tiga hari program ialah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus Kementerian-kementerian bersama rakyat, Jualan Mega MADANI dan lain-lain lagi. Rakyat juga berpeluang untuk melihat pencapaian Kerajaan melalui pameran pencapaian semua Kementerian berserta perancangan jangka masa panjang Kerajaan.

Majlis perasmian penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 10 Disember 2023 dan akan turut dihadiri oleh kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan.

Orang ramai dijemput untuk bersama-sama hadir memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI pada 8 hingga 10 Disember 2023 bermula 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

TEMUBUAL SELAMAT PAGI MALAYSIA RTM - PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI

Sedikit-sebanyak info mengenai Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI telahpun dikongsikan oleh YBRS. TUAN AHMAD JEFRY AZIZ @ ADAN di Selamat Pagi Malaysia, RTM. Nantikan, program tersebut yang akan diadakan pada 8 - 10 Disember pada tahun ini. Jumpa di sana!

#setahunbersamakerajaanMADANI

Pelbagai Aktiviti Menarik

SENARAI PROGRAM 14 KEMENTERIAN
SEMPENA PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI

Kementerian Kewangan (MOF)

Perkhidmatan di reruai

  • Kaunter Pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (LHDN);
  • Kaunter Bank Simpanan Nasional yang menawarkan maklumat dan permohonan mikro kredit dan geran pendigitalan;
  • Maklumat penerangan mengenai anti-scam oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia; dan

Aktiviti luar

  • Karnival Kerjaya (Khazanah)
  • Kaunter Wang Tidak Dituntut (JANM);
  • Semakan kredit individu di Pejabat Pendaftar Agensi (PPK).

Perkhidmatan bergerak

  • Bas Bergerak KWSP

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Aktiviti luar

  • Padanan perniagaan
  • Jualan Mega MADANI
  • Trak Makanan
  • Pembiayaan usahawan mikro, kecil dan sederhana (TEKUN, SMECorp)
  • Francais (PERNAS)
  • Kaunseling Perniagaan (INSKEN)

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

Perkhidmatan di reruai

  • Geran Agropreneur Muda
  • Program Pembiayaan Agrobank
  • Penjagaan kucing dan pengurusan penyakit haiwan (DVS)
  • Khidmat nasihat amalan perniagaan baik myGAP / MyOrganic (DOA)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pameran di Reruai

  • Kaunter perkhidmatan JKM
  • Pameran Produk Prowell
  • Pameran Bencana
  • Sesi intervensi krisis dan sokongan psikologi

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Perkhidmatan di reruai

  • Penawaran program persijilan kompetensi / industri / profesional
  • Penyerahan tawaran Program SULUNG 2.0 kepada generasi pertama dalam keluarga yang melanjutkan pengajian ke universiti awam
  • Pemberian tambahan nilai kepada akaun simpanan PTPTN yang dibuka semasa program berlangsung
  • Tawaran kemasukan secara terus ke UA / Politeknik / Kolej Komuniti terpilih ​
  • Konsultansi kepada pemohon kemasukan ke IPT melalui UPU dan program APEL serta PSH​
  • Permohonan geran secara terus bagi pelaksanaan projek komuniti dan pemindahan teknologi kepada IKS
  • Kaunter PTPTN
  • 3D Printing

Perkhidmatan bergerak

  • Perkhidmatan Klinik Mobil HPU: Mata, Pergigian dan Kesihatan Am

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Perkhidmatan di reruai

  • Skim Perubatan Madani
  • Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (Peka B40)
  • Kertas Putih Kesihatan (White paper)
  • Literasi Pemakanan Sihat
  • Program Kesihatan Mental / Mentari
  • Kenali Ubat Anda
  • Oral Health
  • Literasi Pemakanan
  • ANMS (Agenda Nasional Malaysia Sihat)

Aktiviti luar

  • Madani Afiat

Perkhidmatan bergerak

  • pemeriksaan dan Rawatan Gigi
  • Wellness on Wheel: Perkhidmatan Kesejahteraan Rakyat
  • Kempen Derma Darah
  • Kenali Rawatan Kecemasan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)

Aktiviti luar

  • Jualan Mega MADANI
  • Trak Makanan
  • Kaunter aduan pengguna
  • Business Development and Matching Programme untuk Barang Buatan Malaysia
  • Kaunter SSM untuk pendaftaran, pembaharuan dan semakan syarikat.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW)

Aktiviti pentas

  • Perkongsian Kejayaan oleh Kampung Terbaik
  • Pembangunan Usahawan Desa
  • Skim Pembiayaan Ekonomi Desa
  • Program Pendigitalan Usahawan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Perkhidmatan di reruai

  • Kaunter Pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu (CCC)
  • Jualan buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  • Program Duta Guru ((KPM dan Yayasan Petronas)
  • Edufluencers KPM
  • Pameran Kecemerlangan Kokurikulum STEM
  • Kemenjadian Murid Fasih Digital
  • Program PBL STEM Bersepadu di bawah Projek STEMEC
  • Innovation of Smart Adjustable Angle Wise
  • Cetakan semula Sijil SPM
  • Menyediakan EduFluencer kepada para guru
  • Permohonan pertukaran guru

Kementerian Sumber Manusia (KSM)

Aktiviti pentas

  • Promosi TVET dan Peluang Kerjaya (MyFutureJobs)
  • Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama Antara Kerajaan Malaysia dengan GLC dan Syarikat Swasta bagi Kerjasama Program TVET Siri 4/2023

Kaunter PERKESO

  • Pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
  • Pendaftaran Skim Pekerjaan sendiri (SPS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Perkhidmatan di reruai

  • Kaunter Pendaftaran Program Cuti-cuti Cikgu (CCC)
  • Jualan buku daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
  • Program Duta Guru ((KPM dan Yayasan Petronas)
  • Edufluencers KPM
  • Pameran Kecemerlangan Kokurikulum STEM
  • Kemenjadian Murid Fasih Digital
  • Program PBL STEM Bersepadu di bawah Projek STEMEC
  • Innovation of Smart Adjustable Angle Wise
  • Cetakan semula Sijil SPM
  • Menyediakan EduFluencer kepada para guru
  • Permohonan pertukaran guru

Kementerian Sumber Manusia (KSM)

Aktiviti pentas

  • Promosi TVET dan Peluang Kerjaya (MyFutureJobs)
  • Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama Antara Kerajaan Malaysia dengan GLC dan Syarikat Swasta bagi Kerjasama Program TVET Siri 4/2023

Kaunter PERKESO

  • Pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
  • Pendaftaran Skim Pekerjaan sendiri (SPS)
  • Pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)
  • Pendaftaran Skim Pekerjaan sendiri (SPS)
  • Pendaftaran Portal MyFutureJobs (untuk pencari kerja dan majikan)
  • Pertanyaan kelayakan faedah skim keselamatan sosial
  • Insentif Kerjaya Madani di bawah belanjawan2024

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Perkhidmatan bergerak / Aktiviti Luar

  • Bas pameran perkhidmatan
  • Lori Kitar Semula (Trash to Can)
  • Kiosk PBT Pay
  • Pameran kenderaan Jentera Bomba, Ambulan, Bot Amfibia
  • Kaunter Pendaftaran PR1MA
  • Kaunter Pendaftaran Sukarelawan BOMBA

JPM

Perkhidmatan Bergerak

  • Perkhidmatan kaunter bergerak YAPEIM

Pameran Aset

  • Pameran jentera operasi lama/ antik APM

Pameran di Reruai

  • Jabatan Perkhidmatan Awam    (JPA)
  • IIM
  •  JPM (HEA)
  •  ICU (Ekasih)
  • JWP

Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Perkhidmatan di Reruai

  • Majlis Sukan Negara
    - Sesi bersama Atlet Negara
  • Institut Sukan Negara
    - Blazepod (teknologi)
    - Pengenalan Gaya Hidup Sihat
  • Jabatan Belia dan Sukan Negara
    - Program Rakan Muda
  • Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
    - Pengenalan Institut Latihan Kemahiran Belia Negara
    - Barista (Autisme)
  • Aktiviti luar
    - Fun Run
    - Penalty Shoot Out
  • Perkhidmatan bergerak
    - Trak promosi Rakan Muda
    - Perkhidmatan urutan terapi
    - Perkhidmatan kosmetologi

Aktiviti pentas
- Kopi Bersama YBM dan Atlet

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Perkhidmatan di reruai

  • Bantuan kebajikan masyarakat
  • Pameran dan Perkhidmatan Talian Kasih 15999
  • Info Interaktif Perkhidmatan KPWKM kepada Kumpulan Sasar dan Orang Awam
  • Pameran Institut Sosial Malaysia (ISM): Ilmu Sejahterakan Masyarakat 
  • Pameran Perkhidmatan Institut Sosial Malaysia (ISM);
  • Mempromosikan kursus ISM 2024 (takwim 2024), penerbitan dan kajian terkini ISM; dan
  • Prapendaftaran peserta kursus/bengkel ISM 2024
  • Kempen kesedaran menghentikan sebarang bentuk gangguan seksual (AGS)
  • Perkhidmatan / Program YKN
  • Pendaftran Subsidi Mamogram – LPPKN
  • Pocket Talk: Saringan Kanser Serviks:  # cepat tahu cepat tindak

Perkhidmatan bergerak

  • Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) 
  • Perkhidmatan Saringan Kesejahteraan
  • Trak Mobile KafeTEEN
  • Saringan Kanser Reproduktif (HPV DNA & PKP)
  • Program Subsidi Ujian Memogram

Kementerian Pengangkutan (MOT)

Perkhidmatan di Reruai

  • Pameran KPI Kementerian Pengangkutan (MOT)
  • Advokasi Keselamatan Jalan Raya
  • Driving Simulator Miros
  • Penjualan Tiket MY50, MyRail Life (KTMB & PRASARANA)
  • Program Penukaran Helmet Bersama JPJ
  • Kaunter Bergerak JPJ

Perkhidmatan bergerak

  • Perkhidmatan Kaunter Bergerak JPJ Mobile (Mobile Van);

Aktiviti pentas

  • Program Penukaran Helmet
  • Kaunter Pembayaran Saman JPJ

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Perkhidmatan di Reruai

  • Kaunter semakan jenayah komersil (cyber crime)
  • Kaunter semakan senarai hitam
  • Kaunter pendaftaran keahlian RELA
    - Kaunter penerangan dan pendaftaran pertubuhan
  • Program pendaftaran sahabat KDN
  • Jom exchange Al-Quran

Perkhidmatan bergerak

  • Kaunter Pembayaran Saman PDRM
  • Bas Mobile Perkhidmatan Pendaftaran Negara

MINDEF

Perkhidmatan Bergerak

  • Pameran senjata ringan dan patung mannequin

Pameran Aset

  • Pameran Aset pertahanan

Pameran di Reruai

  • Pameran senjata ringan
  • Kaunter perkhidmatan dan bantuan veteran ATM
  • Pencapaian 1 tahun MNDEF di bawah Kerajaan MADANI ( projek Bitara MADANI)
  • Inisiatif Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (Sasar)

MOSTI

Perkhidmatan Bergerak

  • Pencerapan Matahari / Bas Bergerak Pusat Sains Negara

Pameran di Reruai

  • PROGRAM BITARA MADANI &
    CADANGAN 2024
    - Pusat Sains Negara (PSN) : A
    pameran, B Lets Experiment
  • PSTI: A. Minggu Sains Negara-
    aktiviti hands on

NRECC

Perkhidmatan Bergerak

  • Pameran Meteorologi & ramalan cuaca

Pameran di Reruai

  • Bahagian Perancangan Strategi & Antarabangsa (BPSA)
  • Bahagian Pengurusan Maklumat (BMP)
  • Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)
  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia
  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia '(PERHILITAN)
  • Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  • Bahagian Tenaga Lestari (BTL)
  • Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN)
  • Indah Water Kpnsortium (IWK)
  • Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia)
  • Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)

Pameran di Reruai

  • Pameran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
  • Pameran Lembaga Getah Malaysia (LGM)
  • Pameran Lembaga
  • Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
  • Pameran Lembaga Koko Malaysia (LKM)
  • Pameran Lembaga Lada  Malaysia (MPB)
  • Pameran Lembaga Kenaf  danTembakau Negara (LKTN)
  • Pameran Institut Perladangan    dan Komoditi Malaysia  (IMPAC)

Pentas Kecil dan Jualan Madani

Kementerian Luar Negeri (KLN)

Pameran di Reruai

  • Pameran 5 Program Berimpak tinggi YB Menteri Luar Negeri sepanjang 1 tahun Kerajaan MADANI
  • Tarikan utama pengunjung   

KKR

Pameran di Reruai

  •  Paparan pencapaian 1 Tahun Kerajaan MADANI
  • Kempen MyJalan
  • Kaunter perkhidmatan pendaftaran CIDB
  • Penjualan Tag RFID dan Kad Touch N Go, NFC
  • Replika projek JKR

MITI

Pameran di Reruai

  • HDC ( halal integrated platform) , (HDC Training Center)
  • CREST ( sosial media campaign)
  • MARII ( sesi penerangan mengenai Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik)
  • MPK (NMIM) ( sesi perkongsian ringkas tips membeli emas)
  • SIRIM :
    a) Conformity, Testing and Certification
    B) SME’s Product Design & Branding
    C) Training & Consultation
    D) R&D Product Innovation

MOTAC

Pameran di Reruai

  • Khidmat nasihat
  • Promosi pakej
  • Pendaftaran pelajar Aswara
  • Informasi MyCraft Shoppe
  • Perkongsian maklumat dan pameran artifak
  • Info sejarah serta aktiviti balai seni
  • Informasi mengenai Pelancongan Mesra Muslim
  • Promosi pakej acara perniagaan
  • Maklumat pakej penginapan, mesyuarat dan FNB