Berita

Kerajaan Perpaduan sentiasa tinggikan syiar Islam – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan akan sentiasa meninggikan syiar Islam dan memastikan hak serta keadilan rakyat Malaysia dipertahankan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada Majlis Pelancaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam di sini hari ini, Anwar berkata, beliau akan menggunakan mandat dan amanah yang diberikan rakyat untuk tujuan tersebut.

“Saya sebagai seorang Muslim tentu ada tanggungjawab dengan hak untuk pertahan.. hak meninggikan syiar dan keadilan termasuk kepada golongan bukan Islam.

“Dalam konsep Malaysia Madani juga tidak lari daripada prinsip ini,” katanya yang turut meminta rakyat negara ini memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan prinsip-prinsip yang terdapat dalam konsep Malaysia Madani. – Bernama