Berita, Siaran Media

KPM bantu pengusaha kantin sekolah dengan pengurangan sewa 50 peratus

Kerajaan meneruskan komitmen dalam membantu beban kos operasi pengusaha kantin sekolah dan institusi pendidikan menerusi pemberian pengurangan kadar sewaan kantin.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, pengurangan sewaan kantin sekolah dan institusi pendidikan diberikan sebanyak 50 peratus bagi tempoh enam bulan.

“Inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan pengusaha kantin terus berupaya menawarkan makanan berkualiti kepada murid- murid sekolah dalam keadaan kos sara hidup serta harga bahan mentah yang masih mencabar.

“Selain membantu pengusaha kantin mengekalkan harga makanan yang berpatutan khususnya dalam mendepani isu kos sara hidup kesan daripada krisis bekalan global masa kini,” katanya.

Pada 2021,  KPM pernah memberi pengecualian sewaan kantin dan premis atau ruang perniagaan di bawah kementerian bagi tempoh enam bulan bermula Julai 2021 sebelum dilanjutkan untuk tempoh enam bulan lagi. – MalaysiaMADANI