Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap kerjasama Malaysia-Jepun perlu bergerak ke fasa yang lebih progresif dan berorientasikan masa depan.
Katanya hubungan Malaysia dan Jepun telah terbina sejak sekian lama berteraskan kepercayaan serta budaya kecemerlangan yang saling melengkapi.
βKerjasama erat itu terbukti apabila ribuan belia di negara ini telah mendapat latihan industri, pendedahan teknologi serta pengalaman global sekali gus melahirkan menjadi tenaga kerja mahir, usahawan dan pemimpin industri.
βDalam era yang dipacu oleh πππππ‘ππ π‘ππβππππππππ , πππ‘πππππππ πππ‘πππππππππ, ππ’π‘ππππ‘πππ dan industri hijau, kerjasama Malaysia-Jepun perlu bergerak ke fasa yang lebih progresif dan berorientasikan masa depan,β katanya.
Terdahulu beliau menyempurnakan The 7th MARA-OISCA International Business Forum 2026 di Langkawi, sebuah platform yang memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pemain industri, institusi latihan serta rakan antarabangsa, khususnya dari Jepun.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahir menambah, melalui kerjasama ini, kira-kira 70 peratus daripada pelajar tersebut kini bekerja dalam sektor swasta, dengan sebahagian besarnya berkhidmat di syarikat multinasional Jepun yang beroperasi di Malaysia.
βSaya yakin, kerjasama MARA-OISCA akan terus menjadi jambatan pembangunan generasi baharu, memperkukuh daya saing industri negara serta membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat.
βInsya-Allah, hubungan strategik ini akan terus diperkasa demi masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing global,β katanya.
