Berita

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) penoreh getah dibuka 1 Jun

PEKEBUN kecil dan penoreh getah kini berpeluang mendapatkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dibuka mulai 1 Jun 2024.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam kenyataan memaklumkan, permohonan berkenaan terbuka kepada semua pekebun kecil dan penoreh yang layak dan akan berakhir sebelum 30 Spetember.

“Mereka yang pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebelum ini wajib mengemaskini semula permohonan.

“Ia boleh dibuat secara atas talian dipautan https://pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran.,” katanya.

Pemohon yang ingin mendapatkan maklumat lanjut yang lebih terperinci, digalakkan untuk menghubungi Pejabat RISDA berhampiran atau layari www.risda.gov.my

Tahun lalu, seramai 318,750 pekebun kecil getah menerima Bantuan Musim Tengkujuh dengan bayaran RM800 seorang.

Jumlah itu melibatkan 232,427 pekebun kecil getah berdaftar dengan RISDA dan 86,323 pekebun kecil getah di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). – MalaysiaMADANI