Berita, Siaran Media

Tengku Zafrul dilantik Penasihat Kanan Politik PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melantik Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

“Perdana Menteri menzahirkan harapan agar Tengku Zafrul dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawadduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” katanya. 

2 Disember lalu, Tengku Zafrul menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Pengunduran diri daripada jawatan itu dibuat susulan penamatkan tempoh maksimum enam tahun sebagai senator.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau  berjaya memacu pelbagai strategi dalam menyokong transformasi industri pembuatan ke arah nilai tambah lebih tinggi, termasuk pertumbuhan semikonduktor, pelaburan hijau, digital dan amalan mampan. – MalaysiaMADANI