Berita, Siaran Media

Sesi persekolahan boleh ditutup jika cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius

Sesi persekolahan boleh ditangguhkan sekiranya cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berterusan.

Timbalan Menteri pendidikan Wong Kah Woh berkata langkah yang diambil pihaknya selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) sejak 2023 dan boleh diguna pakai sekiranya keadaan cuaca panas dan kering semakin meruncing.

“Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi menangani isu yang kita hadapi sekarang .

“Sememangnya kita tahu bahawa hal ini juga menjadi satu cabaran bagi KPM untuk memastikan keselesaan dan juga kesihatan anak-anak,” katanya.

Mengulas lanjut Kah Woh berkata semua aktiviti luar di sekolah juga perlu dihentikan buat sementara waktu sekiranya suhu melebihi 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

Aktiviti berkenaan termasuklah merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian.

“Pihak KPM telah memberikan pesanan kepada kesemua pentadbir termasuklah pengetua, guru besar serta Pejabat Pendidikan Daerah supaya sentiasa memantau status suhu harian bagi cuaca panas setiap hari di sekolah dan juga daerah masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, KPM menggesa semua institusi di bawah kementeriannya meningkatkan persediaan dan melaksanakan langkah sewajarnya dalam menghadapi cuaca panas apabila sesi persekolahan kembali dibuka Ahad dan Isnin depan.

Malah semua institusi pendidikan meminta supaya sekolah menangguhkan penganjuran aktiviti luar sekiranya melebihi 35 darjah Celsius selain memantau aktiviti berpotensi mendedahkan murid keada cuac apanas bago memastikan kesihatan golongan pelajar tidak terurus. – MalaysiaMADANI