Berita

Pastikan projek berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sentiasa berusaha memastikan tiada individu atau kelompok masyarakat yang tertinggal dalam arus pembangunan negara. 

ICU JPM dalam satu kenyataan berkata, kejayaan Inisiatif Sejati MADANI di Kuantan, Pahang tidak akan tercapai tanpa dedikasi padu daripada pelbagai pihak. 

“Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengarah ICU JPM Pahang, Datuk Razihan Adzharuddin serta pasukan atas inisiatif turun padang memantau kelancaran projek dijalankan,” kata kenyataan itu menerusi laman media sosialnya. 

Kata kenyataan itu lagi, usaha gigih yang dilaksanakan secara berterusan bertujuan menterjemahkan mandat agensi untuk sentiasa menjaga dan mensejahterakan rakyat, sekali gus merealisasikan inspirasi Malaysia MADANI.

Menurutnya, penghargaan yang sama turut dipanjangkan kepada komuniti dan para penerima manfaat yang turut sama menjayakan program dirancang dengan jaya.

Tambahnya, interaksi dua hala antara kumpulan pelaksana dan komuniti adalah kunci kepada pembangunan yang inklusif serta mampan.

“Menjadi mandat utama ICU JPM untuk memastikan taraf sosioekonomi rakyat sentiasa terbela dan setiap inisiatif memberi impak positif yang berterusan,” ujarnya. -MalaysiaMADANI