Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kejayaan pentadbiran Kerajaan MADANI hari ini adalah hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi dan kepercayaan rakyat.
Katanya, di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan agenda pertumbuhan yang inklusif.
Manakala di peringkat antarabangsa pula tegas beliau hubungan antara kerajaan, pelbagai negara, kumpulan pemimpin, membuka ruang pelaburan strategik serta memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia.
“Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan,” katanya.
Justeru, beliau yakin kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan dan mampu berkhidmat dengan amanah dan membina negara.
“Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” ujarnya. – MalaysiaMADANI.
