Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyediakan 7,243 gerai di 133 pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha merancakkan lagi ekonomi masyarakat setempat di kawasan-kawasan bandar, sepanjang tahun lalu.
Menerusi Program MyKiosk tersebut, inisiatif berkenaan menawarkan sewa secara percuma selama enam bulan dan kadar bayaran sebanyak RM300 sebulan.
“Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen KPKT bagi membuka peluang keusahawanan yang inklusif dan mampan selain bertujuan memacu lebih 300 jenis perniagaan B40 di lokasi strategik.
“Inisiatif ini turut menawarkan sewa percuma selama enam bulan serta kadar serendah RM300 sebulan, sekali gus membuka peluang keusahawanan yang inklusif dan mampan,” katanya.
MyKiosk merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk kembali berdaya saing dan meningkatkan keupayaan perniagaan.
Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat dengan memberi manfaat kepada para peniaga melalui pemberian kadar sewaan kiosk yang rendah.
Ia turut menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa kepada peniaga. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan PBT yang terlibat melalui sewaan kiosk yang dikenakan kepada peniaga.
Tahun lalu, projek ini mencapai pelaksanaan penuh apabila penyerahan MyKiosk 1.0 dengan kos unit sekitar RM15,000 kepada PBT oleh kontraktor. – MalaysiaMADANI
