Berita, Siaran Media

Malaysia – Ethiopia tingkatkan sinergi ekonomi dan pembangunan

Malaysia dan Euthopia memperteguh tekad untuk membawa hubungan kedua-dua negara ke fasa lebih strategik merangkumi perluasan perdagangan, pelaburan, pembangunan modal insan serta pemerkasaan kerjasama ekonomi baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri itu berkata, Malaysia menyambut baik kemajuan nyata termasuk persetujuan memulakan mekanisme rundingan berkala dan pelbagai inisiatif yang memperluas ruang kerjasama antara rakyat pembangunan bersama dan keterhubungan antara kedua-dua negara.

“Saya turut menekankan potensi besar dalam kecerdasan buatan, semikonduktor, industri halal, keselamatan siber, serta peluang baharu melalui rangka MoU antara dewan perniagaan kedua-dua negara.

“ Malaysia juga mengalu-alukan penyertaan lebih aktif syarikat Ethiopia dalam misi dagangan dan padanan perniagaan,” katanya.

Pada masa sama, Malaysia bersedia membuka akses produk seperti ayam, sarang burung dan makanan ternakan di samping menawarkan kepakaran penanaman sawit dan benih berkualiti. 

Malah Malaysia juga bersepakat untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang pelancongan, pendidikan, kesihatan, TVET dan penyelidikan, di samping meneruskan sokongan Malaysia terhadap agenda reformasi ekonomi Ethiopia melalui MTCP.

Katanya Malaysia yakin kerjasama berkenaan akan diperkukuhdemi manfaat rakyat serta masa depan yang lebih makmur, inklusif dan berdaya saing. – MalaysiaMADANI