Berita

Farah Amalina lakar sejarah Doktor Falsafah TVET pertama Asia

Pendidikan TVET Malaysia mencatat sejarah baharu apabila Dr. Farah Amalina Ishak, graduan Politeknik Ungku Omar, muncul sebagai alumni TVET pertama di Asia yang meraih gelaran PhD.

Perjalanan akademiknya bermula di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) sebelum meneruskan pengajian di PUO dan seterusnya ke peringkat Sarjana serta PhD di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Memetik Facebook Kementerian Pengajian Tinggi, kecemerlangan beliau terus menyerlah apabila tersenarai dalam World’s Top 2% Scientists 2025, sekali gus mengangkat martabat pendidikan TVET Malaysia ke persada antarabangsa.

Program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) yang diikuti selama setahun di industri turut menjadi asas penting dalam membentuk kemahiran praktikal dan kebolehpasaran beliau sebagai graduan TVET.

Kejayaan berkenaan bukan sahaja membanggakan institusi TVET tetapi dalam masa sama mengangkat martabat pendidikan teknikal negara ke peringkat antarabangsa.

Malah, kisah kejayaan Dr. Farah Amalina membuktikan bahawa laluan TVET bukan sekadar untuk pekerjaan teknikal, tetapi juga mampu melahirkan saintis bertaraf dunia dan pemimpin akademik masa depan.

Pencapaian yang dirangkul anak muda ini mengangkat martabat TVET sekali gus memberi inspirasi kepada pelajar serta graduan yang mahu pergi lebih jauh ini selain membuka ruang untuk mendapat pencapaian akademik tertnggi dan pengiktirafan global.- MalaysiaMADANI