Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão tiba di Malaysia pada 12.30 tengah hari tadi untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan.
Pesawat khas yang membawa Xanana dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan disambut mesra Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Gusmão kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Kapten Mohd Masrur Hidayat Masri.
Ketika tiba, beliau kelihatan teruja dan ketika ditanya wartawan sama ada beliau menunggu “pengumuman besar” yang dijangkakan pada Ahad ini , Gusmao kelihatan tersenyum dan menjawab tanpa teragak-agak: “Sudah tentu, saya datang untuk ini.
Pesawat khas yang membawa Xanana dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan disambut mesra Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Ketibaan awal Xanana mencerminkan komitmen terhadap penglibatan serantau dan dalam masa sama menantikan hasil bidaan negara itu bagi keanggotaan ASEAN.
Timor-Leste kali pertama memohon keahlian ASEAN secara rasmi pada Mac 2011, hampir sedekad selepas mencapai kemerdekaan pada 2002.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bakal menghimpunkan para pemimpin negara-negara ASEAN serta rakan dialog utama bagi membincangkan hala tuju kerjasama ekonomi, politik, dan sosial rantau ini menuju masa depan yang lebih makmur dan mampan.
Acara itu yang dijangka menjadi pertemuan terbesar dalam sejarah ASEAN, berfungsi sebagai platform penting untuk memperkukuh kerjasama mendalam bagi menangani cabaran serantau dan global secara menyeluruh dan inklusif.
Antara pemimpin dunia yang dijadualkan menghadiri sidang kemuncak berkenaan ialah Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa.Tahun ini juga menandakan kali kelima Malaysia mempengerusikan ASEAN sejak penubuhannya pada 1967, selepas memegang jawatan itu pada 2015, 2005, 1997 dan 1977. – MalaysiaMADANI
