Siaran Media

Pelaksanaan gaji RM1,700 sebulan berkuatkuasa 1 Ogos

Pelaksanaan sepenuhnya Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 sebanyak RM1,700 sebulan akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini kepada semua majikan di seluruh negara tanpa mengira bilangan pekerja.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan memaklumkan, kadar baharu itu telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 dan mula dilaksanakan pada 1 Februari lalu.

Katanya kenyataan berkenaan pelaksanaan berkenaan terpakai bagi majikan yang mempunyai lima pekerja dan ke atas serta bagi majikan yang menjalankan aktiviti profesional seperti diklasifikasikan di bawah Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) 2020.

“Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, satu tempoh penangguhan pelaksanaan selama enam bulan telah diberikan dan akan tamat pada 31 Julai ini. Ini bermakna, bermula 1 Ogos ini, semua majikan tanpa pengecualian, termasuk mereka yang sebelum ini menikmati tempoh penangguhan, perlu mematuhi perintah gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan.

“Ini termasuk untuk pekerja bukan warganegara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak terpakai kepada perkhidmat domestik. Semua majikan diwajibkan mematuhi kadar minimum ini bagi memastikan hak pekerja dilindungi selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelas KESUMA.

Pada masa sama KESUMA menambah, semua majikan perlu menyemak semula struktur gaji syarikat bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji pokok di bawah kadar minimum yang ditetapkan.

Dalam pada itu KESUMA memaklumkan, majikan juga perlu membuat penyesuaian operasi secara progresif dengan member tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan pelaburan dalam latihan kemahiran pekerja.

“Kegagalan mematuhi Perintah Gaji Minimum merupakan satu kesalahan di bawah, Aka Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setip pekerja.

KESUMA pada masa sama turut menggalakkan majikan untuk memanfaatkan Dasar Gaji Progresif (DGP) yang bersifat sukarela dan bertindak sebagai pelengkap kepada pelaksanaan gaji minimum. – MalaysiaMADANI