Beberapa usul baharu dan pelaporan daripada isu berbangkit telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Mesyuarat MBJ KPKM Bilangan 2 Tahun 2025 itu telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU), Datuk Seri Isham Ishak yang berlangsung di Pulau Tioman, baru-baru ini.
Perbincangan dua hala antara majikan dengan pekerja telah berjalan dalam suasana positif bagi mencapai matlamat dihasratkan.
Amanat serta hasrat yang disampaikan oleh pihak pengurusan pada majlis itu diharap dapat membantu semua pihak untuk berusaha dan komited membantu merealisasikan matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) kelak.
Selain mesyuarat, Program Pengukuhan di antara pihak pengurusan dan pekerja serta jabatan telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia.
Menerusi program itu, peserta diberi penerangan mengenai kepentingan menjaga ekosistem marin, menjalani aktiviti bina semangat dan kerja berpasukan serta membentuk jalinan kerjasama dengan masyarakat setempat.
Pelaksanaan aktiviti seperti itu diharap dapat meningkatkan hubungan baik di antara majikan dengan warga dalam suasana keseronokan bekerja ke arah usaha mencapai matlamat dan misi KPKM. -MalaysiaMADANI