Berita

Usaha kukuhkan Bahasa Melayu bukan simbol kosong – PM

Tanggapan lapuk bahawa bahasa dan ekonomi berada pada jalur yang berbeza tidak lagi relevan dalam realiti dunia moden hari ini, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita harus membina budaya ekonomi dalam kerangka bahasa sendiri seperti yang telah lama dipraktikkan oleh negara-negara maju.

“Seperti Jepun, Korea, Perancis dan Jerman yang berjaya memajukan ekonomi tanpa mengorbankan bahasa ibunda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meluncurkan Program Hadiah Bahasa Public Bank dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2025, hari ini.

Dalam ucapan, beliau menyeru agar usaha memperkukuh Bahasa Melayu tidak dianggap sekadar simbol kosong, tetapi sebagai wahana sebenar kemajuan dan pembinaan tamadun.

Beliau pada masa memuji langkah institusi kewangan seperti Public Bank yang terus mendukung perjuangan memperkasakan bahasa kebangsaan  merupakan teladan unggul.

Katanya ini membuktikan kemajuan ekonomi dan jati dii bukan sahaja boleg malah bergerak seiring.

Malah, DBP pula tegas beliau perlu kekal sebagai tiang seri kepada perjuangan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa budaya dan bahasa tamadun. – MalaysiaMADANI