Berita, Siaran Media

Sesi Latih Amal Keselamatan Kepengerusian ASEAN – Malaysia 2025 berlangsung selama 3 hari di KLCC

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengaktifkan pasukan pengurusan Krisis untuk mengukuhkan pertahanan dan keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang Kepengerusian  ASEAN.

MKN menerusi kenyataan memaklumkan, Sesi Latih Amal Keselamatan Kepengerusian ASEAN-Malaysia itu melibatkan pengujian secara keseluruhan Pelan Tindakan Kecemasan berpandukan Arahan MKN No18 iaitu Dasar serta Mekanisme Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan.

Ia berlangsung selama tiga hari bermula 5 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sesi latihan ini diadakan bagi memastikan semua agensi yang terlibat kekal berada dalam kesiapsiagaan tertinggi dan terkoordinasi.

Katanya, susulan langkah MKN mengaktifkan Pasukan Pengurusan Krisis bersama agensi keselamatan bagi mengukuhkan pertahanan, keselamatan negara dan ketenteraman awam sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

MKN dalam kenyataan menambah, sesi ini melibatkan tiga fasa iaitu Simposium Diplomat Minda yang menyediakan taklimat persedian dan input semasa latih amal diikuti Table Top Exercise iaitu perbincangan secara simulasi  dan juga Field Training Exercise (FTX) iaitu simulasi dan demonstrasi.

Katanya, sepanjang latihan ini terutama pada Rabu, orang ramai diminta bertenang dengan pelaksanaan simulasi yang melibatkan pergerakan aset dan anggota keselamatan di sekitar kawasan KLCC. – MalaysiaMADANI