Malaysia komited untuk menerajui ASEAN dengan semangat kesepakatan, keberanian dan visi yang jelas bagi terus mengangkat martabat ASEAN, dihormati di persada dunia dan menjadi kebanggaan bersama rakyat rantau ini, kata Perdana Menteri,
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sidang Kemuncak ASEAN yang bermula hari ini menghimpunkan ribuan delegasi dari seluruh pelosok rantau bagi memperkukuh kerjasama dan membina masa depan ASEAN yang lebih terangkum dan mampan.
“Alhamdulillah, pagi ini saya menyambut ketibaan para pemimpin negara anggota ASEAN sebelum memulakan mesyuarat rasmi pertama di bawah Kepengerusian Malaysia tahun ini,” katanya.
Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah pada taklimat harian sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berkata,
Kepengerusian ASEAN tahun ini menjadikan Malaysia memikul tanggungjawab penting dalam membentuk hala tuju ASEAN yang lebih kukuh, inklusif dan berdaya.
“Fokus utama Malaysia adalah untuk memastikan ASEAN kekal relevan, responsif dan berpaksikan rakyat, selaras dengan wawasan jangka panjang ASEAN 2045 yang bakal dilancarkan semasa Sidang Kemuncak ini.
“Malaysia memikul tanggungjawab penting dalam membentuk hala tuju ASEAN yang lebih kukuh, inklusif dan berdaya tahan. Tema keterangkuman dan kemampanan bukan sekadar slogan tetapi mencerminkan aspirasi untuk menjadikan ASEAN lebih rapat dengan rakyat dan bersedia menghadapi cabaran mendatang,” katanya. – MalaysiaMADANI
Malaysia komited angkat martabat ASEAN, dihormati di persada dunia – PM

26
May