Berita

KPT rangkul Anugerah Prestasi Pembangunan Terbaik



KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dan berjaya membuktikan kecemerlangan dalam pengurusan pembangunan projek apabila berjaya merangkul Anugerah Prestasi Pembangunan Terbaik bagi kategori peruntukan di atas RM1 bilion pada majlis Anugerah Pembangunan Negara 2024, baru-baru ini.


Menerusi kenyataan KPT memaklumkan kejayaan tersebut tidak hanya mencerminkan komitmen pihaknya dalam melaksanakan agenda transformasi pendidikan tinggi negara.

“ Tetapi ini membuktikan kesungguhan dalam memperkukuh ekosistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan aspirasi pembangunan negara,” katanya.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sementara itu, dalam ucapan Shamsul Azri memuji usaha gigih kementerian dan agensi kerajaan dalam memastikan pelaksanaan projek mencapai outcome yang signifikan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat serta menyumbang kepada kejayaan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12.

Pengiktirafan berkenaan diterima oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Sebelum ini, KPT telah meraih dua kategori anugerah tahun lalu termasuk Anugerah Pengurusan IBS Terbaik dan Anugerah Prestasi Pembangunan Terbaik.

Anugerah Pembangunan Negara yang dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), menjadi medan untuk kementerian dan agensi berkongsi amalan terbaik dalam pelaksanaan projek pembangunan.

Penilaian dibuat berdasarkan keberkesanan pelaksanaan, inovasi, serta impak yang memberi manfaat berganda kepada rakyat. – MalaysiaMADANI