Berita

Hubungan Malaysia –Brunei bergerak ke lembaran baharu

HUBUNGAN dua hala Malaysia-Brunei akan bergerak ke lembaran baharu susulan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu.

Anwar menegaskan, lebih banyak peluang dan ruang akan dimanfaatkan kedua dua negara termasuk bersama jiran terdekat Brunei, iaitu Sabah dan Sarawak.

“Natijahnya, hubungan Malaysia-Brunei akan dapat dirasai menerusi keakraban yang lebih harmoni membabitkan pelbagai kerjasama pelbagai pihak sama ada di peringkat persekutuan, juga kerajaan negeri Sabah dan Sarawak amnya demi kepentingan bersama-sama.

“Moga usaha dirancang ini mampu membuahkan hasil demi kemajuan bersama-sama,” katanya.

Terdahulu, Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan hubungan akrab antara malaysia-Brunei.

Anwar dan delegasi Malaysia kemudian menghadiri Majlis Santapan Rasmi yang dihoskan Sultan Hassanal Bolkiah.

Ruang itu digunakan sepenuhnya bagi merapatkan lagi hubungan dua negara berjiran yang telah terjalin sekian lamanya. – MalaysiaMADANI