Berita

Kerajaan rangka inisiatif penguasaan Bumiputera selari aspirasi ekonomi Madani

KERAJAAN telah membincangkan dengan teliti kerangka dan inisiatif dalam memberi anjakan penyertaan, pemilikan serta penguasaan Bumiputera selari aspirasi Ekonomi Madani, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar ibrahim berkata, perkara berkenaan dibincangkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 2 Tahun 2024 di Putrajaya, semalam.

“Sewaktu mempengerusikan mesyuarat tumpuan terarah kepada perencanaan transformasi dan hala tuju baharu agenda Bumiputera untuk sedekad kehadapan.

Mesyuarat juga telah membincangkan dengan teliti kerangka dan inisiatif-inisiatif dalam memberi anjakan penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI,” katanya.

Beliau turut menegaskan keperluan supaya inisiatif-inisiatif yang dirangka, turut dipanjangkan manfaatnya kepada kumpulan masyarakat lain yang turut memerlukan.

Justeru, Anwar menjelaskan, sokongan agensi-agensi kerajaan termasuk Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) masih diperlukan .

Katanya ia diperlukan melalui penyelarasan, pengukuhan pendekatan dan sokongan penggunaan teknologi baharu yang didasari mandat penubuhan mereka. – MalaysiaMADANI