Berita

Tiada kenaikan tarif elektrik sehingga Disember ini

KERAJAAN memberi jaminan untuk tidak menaikkan tarif elektrik kepada semua pengguna di semenanjung sehingga 31 Disember ini .

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan, keputusan itu dibuat bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin dengan memastikan pengguna domestik terus dilindungi melalui pelaksanaan subsidi elektrik secara bersasar.

“Pengguna komersial dan industri akan menikmati penurunan kadar surcaj ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) sebanyak 1 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWj),” katanya.

Pengurangan berkenaan akan diberikan bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember ini.

Justeru, kerajaan berharap agar penurunan kadar surcaj ICPT kepada kategori ini dapat terus mengekalkan kestabilan harga barangan di pasaran di samping menggalakkan pelaburan di Malaysia, seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan merancakkan ekonomi negara.

Kerajaan pada masa bersetuju untuk menurunkan surcaj bagi kategori lampu jalan (Tarif G dan G1) seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebanyak 1 sen/ kWj bagi tempoh sama.

Katanya langkah berkenaan bagi membolehkan PBT menyediakan perkhidmatan pencahayaan menyeluruh di kawasan awam seperti lampu jalan, taman perumahan dan kawasan rekreasi.

PETRA pada masa memaklumkan, kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM2.19 bilion sebagai subsidi elektrik bersasar bagi tempoh bulan ini hingga Disember.

Kerajaan percaya pelaksanaan subsidi bersasar adalah pendekatan terbaik pada masa ini bagi mengurangkan komitmen subsidi kerajaa dengan peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada rkayat dalam bentuk lain.

“Kerajaan komited memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terus terpelihara melalui Program Rebat Elktrik RM40 untuk pengguna elektrik dalak kategori miskin tegar dalam sistem e-Kasih seluruh negara.

Oleh itu, pengguna boleh membuat semakan status kelayakan masing-maisng di laman sesawang http://semakanrebat.petra.gov.my/apps/public/index.php atau hadir ke kedai utiliti berhampiran. – MalaysiaMADANI