PMX sekali lagi berjaya tersenarai antara pemimpin dan ahli politik muslim paling berpengaruh di dunia

DS Anwar Ibrahim kini berjaya menduduki tangga ke-11 dalam senarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2024. Sementara pemimpin negara jiran iaitu Jokowi pula menduduki tempat ke-9 sekaligus tersenarai di dalam carta 10 teratas.

Berdasarkan laporan sebelum ini, PMX sangat giat dalam aktiviti berkaitan Islam di samping menyuarakan secara lantang solidarati terhadap negara-negara Islam yang ditindas. Malah, sejumlah bantuan turut disalurkan dalam membantu umat yang sedang kesusahan di serata dunia.

Malah, pencapaian lain beliau adalah sudah mengedarkan sejuta salinan naskah Al-Quran ke seluruh dunia.

130 ribu individu berstatus muflis dijangka ‘diselamatkan’ setelah Akta Insolvensi 1967 dipinda

“Setakat Januari, lebih 260 ribu kes muflis telah direkodkan yang turut melibatkan anak-anak kita majoritinya Melayu yang punyai

potensi menyumbang kepada ekonomi negara,” - PMX

China akan meningkatkan pembelian minyak sawit dari Malaysia sebanyak 500,000 tan setahun

China akan meningkatkan pembelian minyak sawit dari Malaysia sebanyak 500,000 tan setahun berbanding 250,000 tan pada setahun sebelumnya, maklum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, peningkatan tersebut adalah hasil daripada pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu).

Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata, MoU itu pastinya akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil.

REFORMASI PARLIMEN MALAYSIA

Pembaharuan parlimen lain termasuk memperkenalkan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada setiap hari Khamis; mengenakan tindakan lebih tegas terhadap wakil rakyat yang mengeluarkan perkataan berbaur perkauman, menghina dan diskriminasi jantina; dan membahas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di dewan rakyat.

PERTUMBUHAN EKONOMI YANG LEBIH BAIK

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6% pada suku pertama 2023 berbanding 4.8% bagi suku pertama 2022, menurut Kad Laporan Tujuh Bulan Kerajaan Perpaduan (Siri Dua).

Pertumbuhan ekonomi Malaysia juga lebih baik berbanding negara serantau seperti Indonesia (5%) dan Vietnam (3.3%), serta China (4.5%).

Jumlah pelaburan domestik dan asing di Malaysia meningkat kepada RM71.4 bilion bagi suku pertama 2023 berbanding RM44.7 bilion bagi suku pertama 2022, menurut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Pelaburan yang diluluskan oleh MIDA melibatkan 1,265 projek yang dijangka akan menjana 23,977 peluang pekerjaan baharu. Pelabur asing utama adalah Singapura (RM11.5 bilion), British Virgin Islands (RM7.1 bilion), China (RM6.5 bilion), Hong Kong (RM2.9 bilion) dan Korea Selatan (RM2.5 bilion).

Pelaburan asing menyumbang RM37.5 bilion, mewakili 52.5% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan domestik menyumbang RM33.9 bilion (47.5%).

INDEKS PERSEPSI RASUAH BERTAMBAH BAIK

Malaysia berada di kedudukan ke-61 daripada keseluruhan 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang diterbitkan oleh Transparency International (TI). Kedudukan ini adalah lebih baik berbanding tangga ke-62 pada tahun 2021. Malaysia menduduki tangga kedua terbaik antara negara Asia Tenggara selepas Singapura.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Kerajaan MADANI tetap komited untuk menghapuskan budaya rasuah agar sumber negara dapat diagihkan dengan lebih cekap. Kerajaan juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang penyelewengan kuasa yang membabitkan penjawat awam.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tata kelola pentadbiran kerajaan yang berintegriti akan sentiasa dikemaskini dan perlu diikuti sepanjang masa.

PELABURAN TESLA DI MALAYSIA

Kedatangan Tesla merupakan satu ‘gamechanger’ yang akan memperkasakan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, termasuk pusat jualan dan servis, rangkaian pengecas Supercharger, di samping mempergiatkan lagi sektor elektrik dan elektronik (E&E), iaitu satu lagi kelebihan yang dimiliki Malaysia.

Selain mencipta peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi, penubuhan Tesla di Malaysia bakal merangsang sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi pelbagai industri yang berkaitan seperti kejuruteraan perisian, bateri dan teknologi hijau; pembuatan alat ganti dan penggunaan sumber tempatan serta perancangan mesra alam sekitar.

Pengukuhan Nilai Ringgit pada RM4.29

Penjimatan East Coast Rail Link sebanyak RM11.01 bilion

Kadar Overnight Policy Rate (OPR) dikekalkan pada 2.75 peratus setelah
dinaikkan 4 kali berturut-turut.

30% potongan cukai taksiran rumah di Putrajaya

Bajet Mini 2023

  1. Bantuan Musim Tengkujuh RM800 kepada peneroka tanaman getah

  2. Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah

  3. Bantuan Khas Kewangan RM350 kepada pesara kerajaan

  4. Bantuan Awal Persekolahan RM150 kepada semua murid

Peruntukan Tambahan Subsidi tarif elektrik sebanyak RM90 juta dikekalkan.

Dalam lawatan kerja PM10 ke Indonesia, 9 MoU dan 11 surat niat (LOI) yang membawa nilai pelaburan sebanyak RM1.66 bilion telah ditandatangani

Peruntukan Geran Khas kepada Sabah dan Sarawak.

RM 300 Juta

Sabah & Sarawak: RM125 juta setahun kepada RM300 juta setahun

 

Cabutan khas judi diturunkan daripada 22 kali setahun kepada 8 kali setahun.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1:

RM 300 :  kepada isi rumah

RM 100 : kepada warga emas tiada pasangan

RM 100 : kepada warga bujang.

Inisiatif-Payung-RAHMAH-Diperluas-ke-KK-Super-Mart-02

Inisiatif Payung Rahmah

  • Kafe Rahmah (Bantuan makanan pelajar universiti)
  • Jualan Murah Rahmah (Jualan murah barangan asas)
  • Sumbangan Tunai Rahmah (Sumbangan tunai kepada individu atau keluarga B40)
  • Bakul Rahmah (Bantuan makanan bulanan)
happy senior muslim couple using mobile phone in living room. old asian people

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Tetap Malaysia MADANI

Pakej ini disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas. Penjimatan sebanyak 22% pada harga hanya RM69.00 sebulan dengan kelajuan internet sehingga 30 Mbps tanpa had bermula Mac 2023.
KUALA LUMPUR, 2 Feb -- Pekerja restoran menunjukkan contoh Menu Rahmah yang ditawarkan di restorannya ketika tinjauan fotoBernama di Restoran Ali Maju Wisma Sri Rampai hari ini.

Rakyat kini boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara mulai hari ini melalui Program Menu Rahmah.

Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini. 

--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menu Rahmah

Inisiatif MENU RAHMAH ini digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela bagi membantu menangani kos sara hidup di seluruh Malaysia

Group Of Young Children Running and playing in the park

Program Minggu Perpaduan

Sambutan Minggu Perpaduan ini akan diadakan selama seminggu di seluruh negara pada Mei yang dirancang Kementerian Perpaduan Negara melibatkan pelbagai kementerian seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Belia dan Sukan.
KLC_ISMAIL-SABRI001-1_preview

Mytinjauanmadani

Tinjauan ini bertujuan mendapat pandangan orang awam terhadap prestasi YB Menteri dalam tempoh 100 hari berkhidmat sebagai Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.
Program-Madani-Afiat-2

MADANI AFIAT

MADANI Afiat merupakan inisatif Pejabat Menteri Kesihatan Malaysia bagi merakyatkan kementerian menerusi penyebaran maklumat asas pencegahan serta hebahan program-program kesihatan dan inisiatif komuniti yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)