Hormat, Keyakinan dan Ihsan
Buletin
Prasarana tambah kekerapan tren dan bas mudahkan pengunjung 2TM
BAGI memudahkan pengunjung ke Program 2 Tahun MADANI yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kekerapan tren dan laluan bas...
Read moreMADANI AFIAT
Kedah
6 Nilai Teras
Malaysia MADANI
Kemampanan
Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan.
Kesejahteraan
Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan.
Daya Cipta
Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia.
Hormat
Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia.
Keyakinan
Menghidupkan harapan terhadap
perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan.
Ihsan
Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.
BUDI MADANI ialah wadah Kerajaan MADANI memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.
Bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara, BUDI MADANI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat adalah wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.
Definisi
MADANI merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Enam nilai teras MADANI dicerakin sebagai kerangka dasar dan falsafah yang berkait rapat dan bersepadu, dengan setiap satu menguatkan yang lain. MADANI diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui Reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.