PMX sekali lagi berjaya tersenarai antara pemimpin dan ahli politik muslim paling berpengaruh di dunia
DS Anwar Ibrahim kini berjaya menduduki tangga ke-11 dalam senarai 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2024. Sementara pemimpin negara jiran iaitu Jokowi pula menduduki tempat ke-9 sekaligus tersenarai di dalam carta 10 teratas.
Berdasarkan laporan sebelum ini, PMX sangat giat dalam aktiviti berkaitan Islam di samping menyuarakan secara lantang solidarati terhadap negara-negara Islam yang ditindas. Malah, sejumlah bantuan turut disalurkan dalam membantu umat yang sedang kesusahan di serata dunia.
Malah, pencapaian lain beliau adalah sudah mengedarkan sejuta salinan naskah Al-Quran ke seluruh dunia.
130 ribu individu berstatus muflis dijangka ‘diselamatkan’ setelah Akta Insolvensi 1967 dipinda
“Setakat Januari, lebih 260 ribu kes muflis telah direkodkan yang turut melibatkan anak-anak kita majoritinya Melayu yang punyai
potensi menyumbang kepada ekonomi negara,” - PMX
China akan meningkatkan pembelian minyak sawit dari Malaysia sebanyak 500,000 tan setahun
Perdana Menteri berkata, peningkatan tersebut adalah hasil daripada pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu).
Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata, MoU itu pastinya akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil.
REFORMASI PARLIMEN MALAYSIA
Pembaharuan parlimen lain termasuk memperkenalkan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada setiap hari Khamis; mengenakan tindakan lebih tegas terhadap wakil rakyat yang mengeluarkan perkataan berbaur perkauman, menghina dan diskriminasi jantina; dan membahas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di dewan rakyat.
PERTUMBUHAN EKONOMI YANG LEBIH BAIK
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6% pada suku pertama 2023 berbanding 4.8% bagi suku pertama 2022, menurut Kad Laporan Tujuh Bulan Kerajaan Perpaduan (Siri Dua).
Pertumbuhan ekonomi Malaysia juga lebih baik berbanding negara serantau seperti Indonesia (5%) dan Vietnam (3.3%), serta China (4.5%).
Jumlah pelaburan domestik dan asing di Malaysia meningkat kepada RM71.4 bilion bagi suku pertama 2023 berbanding RM44.7 bilion bagi suku pertama 2022, menurut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Pelaburan yang diluluskan oleh MIDA melibatkan 1,265 projek yang dijangka akan menjana 23,977 peluang pekerjaan baharu. Pelabur asing utama adalah Singapura (RM11.5 bilion), British Virgin Islands (RM7.1 bilion), China (RM6.5 bilion), Hong Kong (RM2.9 bilion) dan Korea Selatan (RM2.5 bilion).
Pelaburan asing menyumbang RM37.5 bilion, mewakili 52.5% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala pelaburan domestik menyumbang RM33.9 bilion (47.5%).
INDEKS PERSEPSI RASUAH BERTAMBAH BAIK
Malaysia berada di kedudukan ke-61 daripada keseluruhan 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang diterbitkan oleh Transparency International (TI). Kedudukan ini adalah lebih baik berbanding tangga ke-62 pada tahun 2021. Malaysia menduduki tangga kedua terbaik antara negara Asia Tenggara selepas Singapura.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, Kerajaan MADANI tetap komited untuk menghapuskan budaya rasuah agar sumber negara dapat diagihkan dengan lebih cekap. Kerajaan juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang penyelewengan kuasa yang membabitkan penjawat awam.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tata kelola pentadbiran kerajaan yang berintegriti akan sentiasa dikemaskini dan perlu diikuti sepanjang masa.
PELABURAN TESLA DI MALAYSIA
Kedatangan Tesla merupakan satu ‘gamechanger’ yang akan memperkasakan ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, termasuk pusat jualan dan servis, rangkaian pengecas Supercharger, di samping mempergiatkan lagi sektor elektrik dan elektronik (E&E), iaitu satu lagi kelebihan yang dimiliki Malaysia.
Selain mencipta peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi, penubuhan Tesla di Malaysia bakal merangsang sektor Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi pelbagai industri yang berkaitan seperti kejuruteraan perisian, bateri dan teknologi hijau; pembuatan alat ganti dan penggunaan sumber tempatan serta perancangan mesra alam sekitar.
Pengukuhan Nilai Ringgit pada RM4.29
Penjimatan East Coast Rail Link sebanyak RM11.01 bilion
Kadar Overnight Policy Rate (OPR) dikekalkan pada 2.75 peratus setelah
dinaikkan 4 kali berturut-turut.
30% potongan cukai taksiran rumah di Putrajaya
Bajet Mini 2023
Bantuan Musim Tengkujuh RM800 kepada peneroka tanaman getah
Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah
Bantuan Khas Kewangan RM350 kepada pesara kerajaan
Bantuan Awal Persekolahan RM150 kepada semua murid
Peruntukan Tambahan Subsidi tarif elektrik sebanyak RM90 juta dikekalkan.
Dalam lawatan kerja PM10 ke Indonesia, 9 MoU dan 11 surat niat (LOI) yang membawa nilai pelaburan sebanyak RM1.66 bilion telah ditandatangani
Peruntukan Geran Khas kepada Sabah dan Sarawak.
RM 300 Juta
Sabah & Sarawak: RM125 juta setahun kepada RM300 juta setahun
Cabutan khas judi diturunkan daripada 22 kali setahun kepada 8 kali setahun.
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1:
RM 300 : kepada isi rumah
RM 100 : kepada warga emas tiada pasangan
RM 100 : kepada warga bujang.
Inisiatif Payung Rahmah
- Kafe Rahmah (Bantuan makanan pelajar universiti)
- Jualan Murah Rahmah (Jualan murah barangan asas)
- Sumbangan Tunai Rahmah (Sumbangan tunai kepada individu atau keluarga B40)
- Bakul Rahmah (Bantuan makanan bulanan)
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Tetap Malaysia MADANI
Menu Rahmah
Inisiatif MENU RAHMAH ini digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela bagi membantu menangani kos sara hidup di seluruh Malaysia
Program Minggu Perpaduan
Mytinjauanmadani
MADANI AFIAT
MADANI Afiat merupakan inisatif Pejabat Menteri Kesihatan Malaysia bagi merakyatkan kementerian menerusi penyebaran maklumat asas pencegahan serta hebahan program-program kesihatan dan inisiatif komuniti yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)